Tauhid dan Keesaan Allah Allah

Beriman kepada Allah adalah Rukun Iman yang pertama. Beriman kepada Allah merangkumi tiga aspek keimanan iaitu:

  • Tauhid Ar-Rububiyyah
  • Tauhid Al-Uluhiyyah
  • Tauhid Al-Asma' Was-Sifat

Tauhid Ar-Rububiyyah

Ia ialah pengesaan Allah dengan penciptaan, kerajaan dan pentadbiran; firman Allah: "Adakah lagi pencipta selain daripada Allah? Dia memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tidak ada Tuhan melainkan Dia" [Fatir: 3], dan berfirman Allah: "Maka adakah sesiapa yang mencipta sama seperti sesiapa yang tidak mencipta? Maka tidakkah kamu semua ingat?" [An-Nahl: 17]

Tauhid Al-Uluhiyyah

Ia ialah pengesaan Allah dengan penyembahan [`ibadah], dengan hendaklah manusia tidak mengambil bersama Allah sesuatu pun yang disembahnya dan didekati kepadanya, sebagaimana dia menyembah Allah Ta`ala dan dia mendekat kepada-Nya, dan jenis inilah daripada tauhid yang orang-orang musyrikun telah sesat padanya, yang Nabi telah memerangi mereka dan menawan wanita-wanita, zuriat, harta, tanah dan negeri mereka, dan inilah tauhid yang dibangkitkan dengannya para rasul, dan diturunkan dengannya kitab-kitab.

Tauhid Al-Asma' Was-Sifat

Lihat juga Asmaul HusnaLihat juga Sifat-sifat Allah

Ia ialah pengesaan Allah dengan apa-apa yang dinamakan-Nya diri-Nya dengannya, dan disifatkan-Nya diri-Nya dengannya di dalam kitab-Nya, atau di atas lisan Muhammad; dan hal itu ialah dengan mengisbatkan [mensabitkan, mengesahkan, berpegang dengan] apa-apa yang Allah – subhanahu wata`ala – sabitkannya untuk diri-Nya dengan tanpa pengubahsuaian dan tanpa pengabaian, dan dengan tanpa pindaan dan tanpa penyerupaan ini adalah metode yang di gunakan oleh ulamak slafusoleh dan boleh juga di Takwil mengikut metode yang di gunakan oleh ulamk Khalaf.

Aqidah tauhid (monotheism) adalah aqidah yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul termasuklah Nabi Nuh, Ibrahim, Daud, Sulaiman, Musa dan Isa. Manakala Muhammad adalah rasul terakhir yang menyempurnakan risalah aqidah tersebut kepada semua kalangan manusia tanpa mengira keturunan, bangsa, bahasa, budaya dan warna kulit.

Sifat-sifat Allah yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam yang terkandung di dalam al-Quran berjumlah 20 sifat. Termasuk juga sifat-sifat Mustahil yang wajib diketahui. Sifat Allah ini bukan sesuatu yang baharu atau di ciptakan oleh ulamak mutakallimin. Ia sudah terkandung dalam Quran dan Hadith dan juga Ulamak tabien Imam Abu Hanifah dalam kitab fiqhul Akhbar menyatakan 13 sifat bagi Allah.[2]

Rujukan

WikiPedia: Allah http://www.biblebelievers.org.au/moongod.htm http://www.islam-info.ch/en/Who_is_Allah.htm http://sunni.abatasa.com/post/detail/9507/masalah-... http://www.aljazeera.com/indepth/features/2013/10/... http://www.arabbible.com/t-Allah.aspx http://www.christianitytoday.com/ct/2009/august/14... http://www.christianitytoday.com/ct/2011/february/... http://www.christianpost.com/article/20070823/is-c... http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/... http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/...